Home »
» Awas dengan penipuan derma Gaza
Awas dengan penipuan derma Gaza
KUANTAN - Semakin ramai pihak yang menyalahgunakan nama tabung Palestin untuk menipu penderma memberi tempias kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah dalam membuat kutipan. Perkara ini menimbulkan kekecohan dan salah faham terhadap tabung Gaza seterusnya menyebabkan perasaan takut untuk menderma.
Menyedari situasi tersebut, empat NGO di Pahang semalam tampil memaklumkan kepada orang ramai bagi mengelakkan salah faham.
Haluan Palestin Pahang, Aqsa Sharif Berhad, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Yayasan Amal Pahang tampil diwakili pemimpin negeri masing-masing dengan tegas menyatakan mereka aktif di seluruh negara dan sudah lama membuat kutipan membantu mangsa bencana terutamanya untuk rakyat Palestin.
Pemimpin terbabit terkilan kerana nama pertubuhan yang diwakili mereka turut tercalar berikutan sikap individu yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
Mereka turut mencadangkan kerajaan mengambil tindakan tegas jika ada individu yang berani mempergunakan simpati masyarakat untuk kesenangan sendiri.
Kesemua pertubuhan itu memaklumkan tidak pernah melantik sesiapa mengutip derma secara individu, sebaliknya mengadakan program tertentu dalam bentuk kumpulan dan membabitkan orang awam.
Artikel lain
Mahu lebih berita? Subcribe Feed! click here