Kiai Salleh atau Panglima Salleh, nama sebenarnya Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1916.
Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menimba ilmu agama dan
mempertahankan diri daripada beberapa orang guru termasuklah guru di
kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian,
Johor. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar
agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad.
Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar
Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat
perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid
Khaujakan di Batu Pahat, Johor.
Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai
Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah" merupakan seorang
pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman
komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.
Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan pihak Tentera
Jepun di tangan pihak Tentera Berikat pada pertengahan bulan Ogos 1945.
Di Semenanjung Tanah Melayu, peristiwa tersebut menimbulkan apa yang
dinamakan tempoh Kekosongan Kuasa. Tempoh tersebut berlangsung selama
dua minggu sehingga ketibaan Askar British yang menandakan permulaan
Pentadbiran British Baru di Tanah Melayu.
Sebelum ketibaan pihak British, pihak komunis yang dikenali sebagai
Askar Bintang Tiga yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah
payung Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil
kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang
dianggap bekerjasama dengan Jepun.
Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap
bersalah tanpa mengikuti proses undang-undang yang betul. Lazimnya
mereka yang di dapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.
Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di
kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit
Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai
kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd
Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman
Askar Bintang Tiga.
Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji
Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur
kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit
Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning,
Bakri, Muar.
Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan
gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah iaitu sejenis kain
selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika
menghadapi atau berhadapan dengan musuh.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd
Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat
beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk
mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima
Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.
Walau apapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh
bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa
itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah
Melayu.
Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli
Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah
pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu.
Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima. Bagi mengenang
jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau
Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955.
Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang
penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April
1959.
Home »
» Siapa sebenarnya Kiai Salleh ?
Siapa sebenarnya Kiai Salleh ?
Artikel lain
Mahu lebih berita? Subcribe Feed! click here