Berat badan bertambah
Hampir 16 tahun tidak mengandung, kini di usia 41 tahun, Che Ta masih kelihatan anggun walaupun berbadan dua.
Akui tidak sabar untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama bagi
perkahwinan keduanya itu, Che Ta memberitahu proses kehamilannya membawa
kepada beberapa perubahan.
"Walaupun saya tidak mengalami alahan teruk dan mengidam macam-macam,
namun saya tidak terlepas dari pertambahan berat badan lebih kurang 17
kilogram.
"Selain itu, sejak hamil ini, saya suka makan burger daging, Sebelum ini, memang saya tak makan.
"Perubahan emosi seperti cepat marah juga ada tapi tidaklah keterlaluan," katanya.
Lebih menekankan soal keselamatan kandungan dan memberi penjagaan yang
sewajarnya, ibu kepada Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, ini telah
mula berehat dari kerja-kerja lokasi sebelum Ramadan lagi.
"Insya-Allah, saya merancang untuk menjaga sendiri bayi kami nanti sehingga habis tempoh berpantang dan menyusu.
"Selepas itu, barulah saya mempertimbangkan untuk kembali bekerja," kata duta Safi Rania Gold ini.
Home »
» Gambar terbaru Che Ta yang berbadan dua
Gambar terbaru Che Ta yang berbadan dua
Artikel lain
Mahu lebih berita? Subcribe Feed! click here