Home » » Pelajar di hambat keluar dari peperiksaan kerana purdah

Pelajar di hambat keluar dari peperiksaan kerana purdah


Pelajar Pakai Purdah Semasa Exam Dihalau Keluar


Seorang pelajar perempuan Universiti Malaya(UM) marah apabila tindakan kakitangan Universiti Malaya menghambat beliau keluar dari dewan peperiksaan kerana purdahnya. Zulaikha Adam diaarah supaya keluar dewan peperiksaan untuk menanggalkan purdah ketika beliau sibuk menjawab peperiksaan.

Zulaikha mempertikaikan tindakan tersebut kerana tiada papan notis yang mengatakan "No Niqab " dan tiada amaran lisan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Tindakan ini boleh menjejaskan tumpuan beliau untuk menjawab peperiksaan.

Beliau juga mempersoalkan tentang mengapa pelajar yang berpakaian seksi tidak dikenakan tindakan oleh pihak universiti.

Untuk makluman anda semua, memang timbul isu bimbang berlaku penipuan identiti semasa menjawab peperiksaan. Diharap ada cara yang terbaik untuk memastikan hak memakai purdah ini dapat diamalkan disamping kes penipuan identiti juga tidak berlaku supaya kedua pihak berpuas hati.
Share this article :
Privacy Policy . Powered by Blogger.
 
Support : NUSANAGA | TUBEPANAS | MASTEMPLATE
Copyright © 1888. ATAS BAWAH MALAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Hasell Template
Proudly powered by Blogger