Neelofa Enggan Jawab Gosip Bakal Kahwin Kerabat Diraja

Lama
juga tak dengar gosip panas mengenai bekas Dewi Remaja, Neelofa, sejak
dia mengambil keputusan untuk berhijrah pada bulan Ramadhan yang lalu.
Betul tak?
Namun entah dari mana datangnya, tak
ada angin tak ada ribut tiba-tiba Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa
ini dikatakan bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja.
Haaa,
kalau korang terkejut, kami apatah lagi. Rasanya, Lofa baru beberapa
bulan putus cinta, takkan cepat sangat cari pengganti?

Namun, menurut laporan Kosmo!, Lofa memberitahu dia enggan ditemu ramah dan tidak langsung memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
Saya tidak mahu sebarang temu ramah. Maaf. Bulan ini dan bulan depan, saya tidak menerima sebarang temu ramah. Beri saya ruang.